Cinta itu ada,
Cinta itu wujud,
Cinta itu indah,
Cinta itu untuk kita.
Iya, diciptakan untuk kita.
Cinta membawa beban,
Cinta membawa rasa,
Cinta membawa duka,
Tapi cinta itu masih lagi milik kita.
Cinta itu dekat,
Cinta itu jauh,
Cinta itu mendatar,
Tapi cintalah yang menjadikan semuanya seperti tiada apa-apa.
Cinta itu kehidupan,
Kehidupan itu cinta,
Tanpa salah satunya,
Maka tunggul batu dan kayulah dunia ini.
Sampai bila kita harus bercinta,
Di manakah akhirnya sebuah cinta,
Yang hidup akan terus bercinta,
Yang mati pun masih ada cinta.
Cinta perlu terus hidup,
Cinta perlu sentiasa di semai,
Cinta harus di simpan,
Kerana cinta itu tidak akan pernah hilang.
Andai tiada lagi cinta,
Bodohlah manusia,
Terhentilah sihatnya akal minda,
Berkuburlah kasih sayang di jiwa.

No comments:
Post a Comment